Apa yang perlu saya lakukan untuk mendaftar korban bersama UTS Korban?
Anda hanya perlu melengkapkan pendaftaran melalui laman web rasmi UTS Korban dengan mengisi maklumat yang diperlukan dan membuat bayaran. Selepas itu, pendaftaran anda akan diproses dan disahkan oleh pihak kami. Anda juga boleh terus berhubung dengan pegawai kami.
Apakah kaedah pembayaran yang diterima?
Pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui platform yang disediakan seperti FPX, kad debit atau kad kredit. Semua transaksi adalah selamat dan direkodkan dalam sistem. Anda juga boleh membuat bayaran direct transfer melalui aplikasi bank anda ke akaun kami.
Adakah saya perlu membuat bayaran penuh semasa pendaftaran?
Ya, bayaran penuh diperlukan untuk mengesahkan penyertaan anda dalam ibadah korban. Tempahan hanya dianggap sah selepas bayaran diterima sepenuhnya.
Apa yang berlaku selepas saya membuat bayaran?
Selepas bayaran berjaya, maklumat pendaftaran anda akan direkodkan dalam sistem dan anda akan menerima pengesahan melalui emel. Pihak kami akan menguruskan keseluruhan proses korban bagi pihak anda.
Bolehkah saya membuat perubahan maklumat selepas mendaftar?
Perubahan maklumat seperti nama peserta masih boleh dilakukan dalam tempoh tertentu sebelum hari pelaksanaan korban. Anda perlu menghubungi pihak sokongan untuk membuat sebarang pindaan.
Adakah saya akan menerima resit atau pengesahan bayaran?
Ya, setiap pembayaran akan disertakan dengan resit atau bukti transaksi sebagai rujukan anda. Simpan bukti ini untuk sebarang semakan pada masa hadapan.
Adakah terdapat had penyertaan untuk setiap peserta?
Tiada had khusus, namun setiap penyertaan adalah berdasarkan satu bahagian korban yang sah. Anda boleh mendaftar lebih daripada satu bahagian jika ingin melakukan korban tambahan.
Bolehkah saya mendaftar bagi pihak orang lain?
Ya, anda boleh mendaftar bagi pihak orang lain seperti ahli keluarga atau kenalan. Pastikan maklumat peserta diisi dengan tepat semasa pendaftaran dengan membezakan nama pendaftar dan penama sembelihan.
Adakah bayaran boleh dikembalikan jika saya ingin membatalkan penyertaan?
Secara amnya, bayaran tidak boleh dikembalikan selepas pendaftaran disahkan kerana urusan pembelian dan penyediaan haiwan telah dijalankan. Sebarang permintaan pembatalan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Bolehkah saya membuat tempahan awal dan bayar kemudian?
Buat masa ini, penyertaan hanya disahkan selepas bayaran penuh dibuat. Tempahan tanpa bayaran tidak akan direkodkan sebagai slot yang sah.
Di manakah lokasi penyembelihan korban dilakukan?
Sembelihan UTS Korban dilaksanakan di Pusat Sembelihaj Hajj Solutions beralamat di Kilo 10 Al Lith Rd, Walyal Ahd Dist., Makkah 24359, Saudi Arabia.
Bilakah haiwan korban akan disembelih?
Perbezaan hari raya aidiladha di Saudi dan Malaysia diambil kira bagi memastikan tiada keraguan dalam proses sembelihan. Pihak UTS sedapa upaya akan memastikan slot sembelihan kami adalah pada hari raya pertama Aidiladha di Malaysia. Walau bagaimanapun, penyembelihan akan dilakukan dalam tempoh Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik iaitu bermula 10 hingga 13 Zulhijjah.
Siapakah yang melaksanakan penyembelihan korban?
Penyembelihan dilakukan oleh petugas sembelihan yang berkelayakan dan berpengalaman serta memahami syarat sah sembelihan mengikut syarak.
Bagaimana proses pengurusan korban dijalankan?
Selepas pendaftaran disahkan, haiwan akan disediakan mengikut jumlah peserta. Pada hari pelaksanaan, penyembelihan dilakukan mengikut syarak diikuti dengan proses pemotongan dan agihan kepada golongan yang memerlukan.
Bagaimana pemilihan haiwan korban dibuat?
Haiwan dipilih berdasarkan kriteria syarak seperti cukup umur, sihat dan bebas daripada kecacatan. Pemilihan dibuat oleh pegawai di pusat sembelihan yang berpengalaman bagi memastikan kualiti haiwan terjamin.
Adakah setiap peserta mendapat satu bahagian korban yang sah?
Setiap seekor penyertaan akan mendapat satu bahagian korban yang sah dan diuruskan secara sistematik bagi memastikan tiada pertindihan atau kesilapan.
Adakah penyembelihan dilakukan secara individu atau berkumpulan?
Sembelihan kambing UTS Korban dilaksanakan secara pukal tanpa menentukan kambing sekian milik penama sekian. Ini adalah selaras dengan aturan dan sistem yang dijalankan oleh pusat sembelihan kami memandangkan pusat sembelihan ini menjalankan sehingga ratusan ribu sembelihan setiap hari.
Bagaimana proses agihan daging korban dilakukan?
Agihan semua daging korban akan diuruskan sepenuhnya ileh pihak ‘It’am Saudi Food Bank’ Daging korban akan diagihkan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan di sekitar Mekah sebagai manfaat utama ibadah korban dan ke negara-negara berhampiran.
Adakah peserta akan menerima daging korban mereka?
Tidak, daging korban tidak dibawa pulang ke Malaysia kerana ia diagihkan sepenuhnya kepada golongan yang memerlukan di Mekah dan negara-negara sekitar
Berapa lama keseluruhan proses korban mengambil masa?
Proses penyembelihan dan agihan biasanya diselesaikan dalam tempoh hari-hari Tasyrik bergantung kepada jumlah haiwan dan jadual pelaksanaan.
Bagaimana UTS memastikan penyembelihan mengikut syarak?
Semua proses dikendalikan oleh pihak pusat sembelihan yang berkelayakan dan dipantau khusus oleh pihak Baladah (seperti Majlis Bandaraya Saudi) bagi memastikan setiap peringkat mematuhi syarat sah sembelihan dan garis panduan syariah.
Apa yang berlaku jika berlaku gangguan operasi?
Sekiranya berlaku sebarang isu operasi, pihak pengurusan akan mengambil tindakan segera bagi memastikan ibadah korban tetap dilaksanakan dengan sempurna mengikut syarak dan dalam tempoh yang ditetapkan.
Cara gambar atau video akan diberikan kepada peserta?
Gambar atau video pelaksanaan korban akan diberikan kepada peserta sebagai bukti melalui emel yang telah yang digunakan semasa pendaftaran sahaja.
Adakah setiap peserta akan menerima gambar atau video sendiri?
Gambar atau video sembelihan korban akan diberikan secara tanpa sidebut nama satu persatu, namun ia tetap mewakili pelaksanaan korban bagi setiap peserta UTS Korban kerana pihak kami melaksanakan akad wakalah secara pukal dengan menyebut jumlah ekor.
Adakah nama peserta akan disebut dalam video penyembelihan?
Untuk sembelihan Akikah, nama peserta akan disebut di dalam viseo sembeliha. Untuk sembelihan korban, nama tidak disebut kerana proses sembelihan dilakukan secara pukal di pusat sembelihan. Pihak pusat sembelihan tidak membenarkan sembelihan dengan menyebut nama kerana akan mengganggu kelancaran proses sembelihan yang lain.
Bilakah saya akan menerima bukti korban?
Bukti seperti gambar atau video akan diberikan selepas selesai proses penyembelihan dan agihan, biasanya dalam tempoh hari-hari Tasyrik melalui emel. Sila semak emel anda dari masa ke semasa.
Adakah saya akan menerima sijil korban?
Ya, setiap peserta akan menerima sijil korban sebagai bukti pelaksanaan ibadah yang telah dilakukan.
Bagaimana sijil korban akan diberikan?
Sijil korban akan diberikan dalam bentuk digital melalui emel bagi memudahkan peserta menyimpan dan merujuknya pada bila-bila masa. Tiada sijil fizikal dikeluarkan.
Apa maklumat yang terdapat dalam sijil korban?
Sijil korban biasanya mengandungi nama peserta, jenis ibadah, tahun pelaksanaan dan pengesahan daripada pihak UTS Korban.
Bagaimana jika saya tidak menerima gambar, video atau sijil?
Untuk pendaftaran korban, anda diminta menghubungi pegawai jualan kami sekiranya anda tidak menerima invois atau resit bayaran setelah pendaftaran dibuat atau tidak menerima apa emel bukti sembelihan dan sijil selepas 2 minggu daripada tarikh Hari raya Aidiladha. Untuk pendaftaran akikah, anda perlu menghubungi pegawai jualan kami sekiranya tidak menerima apa-apa video sembelihan selepas 2 minggu daripada tarikh pendaftaran akikah.
Bolehkah saya meminta semula sijil atau bukti korban jika hilang?
Pihak UTS tidak akan menyimpan arkib video atau sijil sembelihan pelanggan, anda diminta untuk menyimpannya sendiri di storan yang selamat.
Bagaimana UTS memastikan bukti yang diberikan adalah sah?
Semua bukti adalah berdasarkan rekod sebenar pelaksanaan korban yang disimpan dan diuruskan secara sistematik bagi memastikan ketelusan dan kepercayaan peserta terpelihara.
Apakah bentuk ganjaran yang ditawarkan kepada peserta korban?
Peserta layak menerima cabutan 1 Pakej Umrah percuma, 5 gold bar dan 10 barangan elektrik terpilih sebagai penghargaan kepada penyertaan dalam program korban bersama UTS Korban.
Bagaimana pemenang ganjaran dipilih?
Pemilihan pemenang dilakukan melalui kaedah cabutan atau mekanisme yang ditetapkan oleh pihak penganjur secara telus dan adil.
Adakah semua peserta layak untuk menyertai ganjaran ini?
Semua peserta yang mendaftar dan membuat bayaran penuh untuk ibadah Korban Sahaja secara automatik layak untuk menyertai peluang ganjaran yang ditawarkan.
Bilakah keputusan ganjaran akan diumumkan?
Keputusan pemenang akan diumumkan selepas tamat musim korban dalam tempoh yang akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Facebook Page UTS Korban
Adakah peserta boleh memilih jenis ganjaran yang diinginkan?
Tidak, ganjaran adalah berdasarkan kategori yang telah ditetapkan dan tidak boleh dipilih atau ditukar oleh peserta.
Adakah ganjaran boleh ditukar kepada wang tunai?
Tidak, semua ganjaran yang ditawarkan tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau digantikan dengan nilai lain.
Adakah terdapat sebarang kos tambahan untuk menebus ganjaran seperti Umrah?
Tiada kos tambahan melainkan pilihan pemenang untuk upgrade pakej yang kami tawarkan dengan kos tambahan sendiri.
Bagaimana peserta akan dimaklumkan jika terpilih sebagai pemenang?
Pemenang akan dihubungi secara terus melalui WhatsApp atau panggilan telefon serta diumumkan melalui saluran rasmi FB Page UTS Korban.
Adakah keputusan pemilihan ganjaran adalah muktamad?
Ya, semua keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
Adakah program ganjaran ini terhad kepada tempoh tertentu sahaja?
Ya, ganjaran adalah tertakluk kepada kempen dan tempoh tertentu sahaja seperti yang dinyatakan dalam promosi semasa.
Adakah sah korban jika dibuat di luar negara seperti Mekah?
Ya, sah melaksanakan korban di luar negara termasuk Mekah melalui kaedah wakalah atau perwakilan. Islam tidak mensyaratkan lokasi tertentu untuk ibadah korban, sebaliknya yang penting ialah memenuhi syarat sah seperti waktu, haiwan dan niat. Hal ini juga selari dengan amalan Nabi SAW yang mewakilkan Saidina Ali RA untuk menyempurnakan sebahagian urusan korban sebagaimana diriwayatkan dalam hadis Sahih Muslim.
Adakah sah korban jika tidak melihat proses penyembelihan?
Ya, sah walaupun tidak melihat proses penyembelihan kerana kehadiran bukan syarat sah korban. Namun, melihat sendiri proses tersebut adalah digalakkan sebagai sunnah. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang menyuruh Fatimah RA menyaksikan korbannya, yang menunjukkan galakan dan bukan kewajipan.
Bagaimana jika berlaku kesilapan dalam niat korban?
Niat adalah di dalam hati dan kesilapan pada lafaz tidak menjejaskan ibadah jika niat sebenar adalah betul. Jika berlaku kesilapan niat sebelum penyembelihan, ia perlu diperbetulkan. Namun jika penyembelihan telah berlaku dengan niat yang salah, maka ia tidak dikira sebagai korban yang sah. Hal ini berdasarkan hadis “Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat” yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Perlukah saya sendiri hadir ketika penyembelihan?
Tidak wajib untuk hadir kerana ibadah korban boleh dilakukan melalui wakil. Kehadiran hanya bersifat sunat dan digalakkan. Yang penting ialah penyembelihan dilakukan oleh individu Muslim yang memenuhi syarat sah sembelihan.
Perlukah saya melafazkan niat atau cukup dalam hati?
Cukup sekadar berniat di dalam hati dan tidak wajib melafazkan niat. Lafaz hanya sebagai bantuan dan bukan syarat sah ibadah. Ini selaras dengan hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa setiap amalan bergantung kepada niat.
Bolehkah penyembelihan haiwan korban diniatkan sekali dengan aqiqah?
Majoriti ulama tidak mengharuskan menggabungkan niat korban dan aqiqah dalam satu haiwan kerana kedua-duanya adalah ibadah berasingan dengan tujuan yang berbeza. Oleh itu, disarankan melaksanakannya secara berasingan bagi keluar daripada khilaf. Hal ini dihuraikan dalam pandangan ulama fiqh seperti dalam kitab-kitab mazhab Syafi‘i.
Bolehkah beberapa orang berkongsi seekor lembu atau kambing untuk ibadah korban?
Dibolehkan berkongsi seekor lembu atau unta sehingga tujuh bahagian, manakala kambing hanya untuk seorang peserta sahaja. Ini berdasarkan hadis Jabir RA bahawa para sahabat berkongsi seekor unta dan lembu bagi tujuh orang, yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim. Namun pahala sembelihan kambing itu boleh dihadiahkan kepada beberapa orang
Siapakah yang dituntut untuk melaksanakan korban?
Ibadah korban dituntut ke atas setiap Muslim yang mampu dari segi kewangan dan memenuhi syarat tertentu. Ia merupakan sunnah muakkadah menurut majoriti ulama dan sangat digalakkan bagi yang berkemampuan.
Daging korban akan diagihkan kepada siapa?
Pusat sembelihan yang digunakan oleh UTS Korban akan menguruskan keseluruhan proses daripada sembelihan sehinggalah agihan. Untuk agihan daging akan diuruskan oleh pihak It’am Food Bank Saudi di mana daging-daging ini akan diagihkan kepada seramai ungkin fakir miskin di seluruh saudi dan negara-negara berhampiran.
Daging korban diedarkan secara mentah ataupun masak?
Daging korban diagihkan dalam keadaan mentah agar penerima boleh memanfaatkannya mengikut keperluan mereka.
Bolehkah korban dilakukan untuk si mati?
Dibolehkan melakukan korban bagi pihak si mati terutamanya jika ia merupakan nazar atau wasiat si mati. Ulama juga mengharuskan korban sebagai sedekah bagi pihak si mati dengan harapan pahala sampai kepadanya.
Nazar boleh digabungkan dengan korban atau tidak?
Jika korban itu bernazar, maka ia menjadi wajib dan tidak boleh digabungkan dengan korban sunat. Ia perlu dilaksanakan secara khusus mengikut niat nazar tersebut.
Bilakah masa yang sesuai untuk melakukan akad korban?
Akad atau niat korban boleh dibuat bila-bila masa sebelum penyembelihan dilakukan, namun sebaiknya disegerakan selepas membuat keputusan untuk melaksanakan ibadah tersebut.
Apakah pantang larang selepas berniat korban?
Bagi individu yang berniat melakukan korban, disunatkan untuk tidak memotong rambut dan kuku bermula 1 Zulhijjah sehingga haiwan korban disembelih. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Sahih Muslim.
Bilakah tempoh pantang larang tersebut tamat?
Tempoh tersebut tamat apabila haiwan korban telah disembelih. Selepas itu, individu tersebut boleh kembali melakukan perkara seperti biasa.
Korban atau aqiqah yang mana perlu didahulukan?
Jika kedua-duanya ingin dilaksanakan dan kemampuan terhad, maka korban didahulukan kerana ia berkaitan dengan waktu tertentu iaitu Hari Raya Aidiladha, manakala aqiqah tidak terikat dengan waktu khusus.
Bagaimana saya boleh menghubungi pihak UTS Korban jika ada pertanyaan?
Anda boleh menghubungi pihak UTS Korban melalui WhatsApp atau emel rasmi yang disediakan di laman web untuk sebarang pertanyaan atau bantuan lanjut.
Bagaimana jika saya tidak menerima sebarang maklumat selepas mendaftar?
Sekiranya anda tidak menerima sebarang pengesahan atau maklumat selepas pendaftaran melalui emel, anda boleh menghubungi pihak sokongan untuk semakan status penyertaan anda.
Bagaimana jika saya tidak menerima bukti korban seperti gambar, video atau sijil?
Untuk pendaftaran korban, anda diminta menghubungi pegawai jualan kami sekiranya anda tidak menerima invois atau resit bayaran setelah pendaftaran dibuat atau tidak menerima apa emel bukti sembelihan dan sijil selepas 2 minggu daripada tarikh Hari raya Aidiladha. Untuk pendaftaran akikah, anda perlu menghubungi pegawai jualan kami sekiranya tidak menerima apa-apa video sembelihan selepas 2 minggu daripada tarikh pendaftaran akikah.
Bagaimana jika terdapat kesilapan pada maklumat sijil korban saya?
Pihak UTS Korban akan menjana sijil melalui input data yang dimasukkan semasa pendaftaran. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang kesalahan, anda boleh menghubungi pihat UTS Korban melalui Whatsapp atau emel untuk pembetulan segera.
Bolehkah saya membuat perubahan maklumat selepas pendaftaran?
Perubahan tertentu seperti nama peserta boleh dilakukan dalam tempoh yang dibenarkan sebelum pelaksanaan korban dengan menghubungi pihak sokongan.
Apa yang perlu saya lakukan jika ingin membatalkan penyertaan?
Permintaan pembatalan perlu dimaklumkan kepada pihak sokongan dan tertakluk kepada terma serta syarat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Namun sebarang pembatalan adalah tidak dibenarkan selepas sembelihan dijalankan.
Adakah bayaran akan dipulangkan jika berlaku pembatalan?
Secara amnya bayaran tidak akan dipulangkan selepas pengesahan kerana proses pembelian dan penyediaan haiwan telah dijalankan, kecuali dalam keadaan tertentu yang diputuskan oleh pihak pengurusan.
Bagaimana jika berlaku masalah teknikal semasa membuat pembayaran?
Jika anda mengalami masalah semasa pembayaran, anda disarankan untuk menyemak semula transaksi atau menghubungi pihak sokongan dengan bukti pembayaran untuk tindakan lanjut.
Bagaimana jika saya tersalah membuat bayaran atau bayaran berganda?
Sekiranya berlaku bayaran berganda atau kesilapan transaksi, anda boleh menghubungi pihak sokongan dengan bukti pembayaran untuk semakan dan penyelesaian.
Apa yang perlu saya lakukan jika tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan?
Anda boleh mengemukakan aduan rasmi kepada pihak UTS Korban melalui emel dan pihak kami akan menilai serta mengambil tindakan penambahbaikan yang sewajarnya.
Adakah maklumat peribadi saya selamat dengan UTS Korban?
Maklumat peribadi peserta akan diuruskan dengan baik dan digunakan hanya untuk tujuan pengurusan perkhidmatan di bawah UTS Korban serta komunikasi berkaitan sahaja.